Wednesday, January 20, 2010

PERJALANAN ANAK TIRAM SEPANJANG 2009

0 comments

Kuliah bulanan sepanjang 2009 yang anak tiram anjurkan bertempat di rumah anak tiram sendiri. Kuliah ini adalah diantara saluran dakwah yang anak tiram sediakan untuk keluarga serta masyarakat setempat.
Kuliah ini diadakan selepas solat Isyak. Diantara guru yang memenuhi jemputan ialah;
Ust Syed Sharim
Ust Nazrul Izwan
Alhamdilillah setiap kali kuliah berjalan tak kurang dari 20 orang jiran tertangga dan sahabat handai berseta muslimat yang hadir.
Ini merupakan satu usaha yang anak tiram dapat lakukan setakat
ini, semoga Allah beri kekuatan pada anak tiram untuk teruskan usaha ini pada tahun akan datang.







Anak Tiram cukup bersyukur kepada Allah kerana anak tiram di beri kesepatan untuk melihat kebesarannya dibumi Indonesia. Anak Tiram di deri kesempatan berada di bumi tersebut bersama rakan-rakan walau pun berada di sana hanya beberapa hari tetapi banyak tempat-tempat yang menarik yang membuatkan anak tiram megigati tentang kebesaran Allah, bertapa kerdilnya kita sebagai manusia dan apakah segala kecantikan, keunikan dan keanihan ini akan terjadi tampa keizinan dari tuan yang ampunya dunia. Tidak hairanlah Negara ini mempunyai sebuah Masjid
yang Terbesar di Asia Tenggara kerana Negara ini mempunyai penduduk Islam teramai di Dunia.







Ini adalah antara musibah yang melanda kampung Anak Tiram, Ini adalah kali pertama peristiwa seumpama ini berlaku disini. Anak Tiram dan rakan-rakan cuba sedaya upaya membantu orang kampung membaiki rumah, sekolah agama, masjid dan sebagainya. Ini mungkin amaran dari Allah supaya kita selalu megigatinya, mungkin selama ini kita leka dengan kesonokan dunia sehinga kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.










Sebenarnya banyak lagi peristiwa pahid manis yang anak tiram lalui sepanjang 2009, ini merupakan sebahagian dari episod yang dapat anak tiram paparkan.

Thursday, January 7, 2010

SEKITAR PENDAFTARAN SEKOLAH

0 comments

Pada 3/1/2010 anak saya mendaftar masuk Sekolah Menegah Agama Maahad Islahiah Addiniah bertempat di batu 10,Lekir Sitiawan, dan tinggal di asrama. Saya rasa amat bersukur kerana diterima masuk ke sekolah menegah Agama, kerana sudah memang cita-cita saya untuk menyekolahkan anak-anak saya ke sekolah Agama.
Bukan kerana saya tidak mempercayai sekolah-sekolah aliran yang lebih kepada akedemik tetapi saya melihatkan anak saya lebih cenderong kepada aliran Agama.
Apa yang saya harapkan dia tekun belajar seterusnya berjaya dalam megejar cita-citanya, yang sudah tentunya bukan sekadar berjaya di dunia tetapi berjaya di akhirat.
Saya juga menharapkan dia dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya.
Igat kejayaan tidak akan datang mengolek sekiranya tanpa usaha dan pengorbanan. Korbankanlah masa muda mu untuk kejayaan di hari tua mu.



Kami sebagai Ibu dan Ayah mendoakan semoga kamu menjadi seorang muslimah yang berjaya. Igatlah wahai anak ku "kejayaan akan datang adalah bermula dari langkah pertama yang kamu lakukan hari ini.
"ya Allah kau berikan lah kejayaan kepada anak ku dan jadikanlah dia seorang muslimah yang kental mempertahankan agamanya"....amin