Thursday, January 7, 2010

SEKITAR PENDAFTARAN SEKOLAH

Pada 3/1/2010 anak saya mendaftar masuk Sekolah Menegah Agama Maahad Islahiah Addiniah bertempat di batu 10,Lekir Sitiawan, dan tinggal di asrama. Saya rasa amat bersukur kerana diterima masuk ke sekolah menegah Agama, kerana sudah memang cita-cita saya untuk menyekolahkan anak-anak saya ke sekolah Agama.
Bukan kerana saya tidak mempercayai sekolah-sekolah aliran yang lebih kepada akedemik tetapi saya melihatkan anak saya lebih cenderong kepada aliran Agama.
Apa yang saya harapkan dia tekun belajar seterusnya berjaya dalam megejar cita-citanya, yang sudah tentunya bukan sekadar berjaya di dunia tetapi berjaya di akhirat.
Saya juga menharapkan dia dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya.
Igat kejayaan tidak akan datang mengolek sekiranya tanpa usaha dan pengorbanan. Korbankanlah masa muda mu untuk kejayaan di hari tua mu.



Kami sebagai Ibu dan Ayah mendoakan semoga kamu menjadi seorang muslimah yang berjaya. Igatlah wahai anak ku "kejayaan akan datang adalah bermula dari langkah pertama yang kamu lakukan hari ini.
"ya Allah kau berikan lah kejayaan kepada anak ku dan jadikanlah dia seorang muslimah yang kental mempertahankan agamanya"....amin

0 comments:

Post a Comment