Tuesday, February 9, 2010

ALLAH & JUARA RAKYAT

Anak Tiram terpangil untuk meluahkan pendapat mengenai cerita-cerita panas yang berlaku dalam Negara ketika ini. Anak Tiram rasa tidak terlalu lewat untuk memberi pendapat.
Anak Tiram bermula dengan isu Allah, Anak Tiram merasakan ini bukanlah masa untuk kita menuding jari mencari siapa yang salah atau benar. Anak Tiram suka megajak pengunjung blog ini untuk megimbas apa terjadi 3 atau 4 tahun lepas. Siapa yang menhina Nabi (yang megatakan nabi tidak cukur jangut kerana tidak ada pisau cukur)? Nabi orang yang kuat sax? Siapa yang menolak hukum Allah (yang megatakan hukum Allah tidak sesuai padazaman sekarang)? Siapa yang menolak ayat-ayat Al-Quran (yang megatakan tidak ada ayat Al-Quran yang melarang kita berjudi)? sebenarnya banyak lagi kisah-kisah tentang penghina Nabi dan penolakan hukum-hukum Allah.
Persoalannya siapah yang mulakan dahulu bukankah kita sendiri, kita yang megaku bahawasanya kita menjadi saksi Nabi itu pesuruh Allah dan tidak ada tuhan yang patut disembah selain dari Allah. Tetapi malangnya kita sendiri yang menolak Allah dan menghina kekasihnya. Bagaimana kita nakkan kaum-kaum lain menhormati agama yang kita anuti? Bagaimana kita nak menjadi contoh kepada kaum lain sepertimana yang dituntut Allah? Bagaimana kita nak berdakwah dengan mereka? banyak persoalan yang perlu kita tanya kepada diri kita.
Sekiranya kita yang megaku sebagai orang Islam tidak mempertahankan Agama kita si
apa lagi, kita jangan menharapkan orang lain yang akan memperjuangkan Agama kita. Kita sebagai jenerasi yang terdedah dengan dunia IT tidak sepatunnya kita tertumpu kepada media yang sedia ada, banyak sumber-sumber rujukan seperti blog dan lain-lain untuk kita jadikan bahan cambahan minda sebelum kita membuat keputusan atau menuding jari.

Juara Rakyat
Anak Tiram merasakan kita tak perlu jadikan ianya satu kempen, kerana rakyat di Negara kita sekarang terdiri dari mereka yang cerdik pandai, yang pastinya boleh menilai siapakah yang menjadi JUARA di hati mereka.
Anak Tiram keliru apakah kerajaan yang ada sekarang ini cuba megatakan bahawa mereka telah megabaikan rakyat Negara ini selam lebih 50 tahun mereka memerintah, dan apabila rakyat telah mula melihat ada parti lain yang boleh mereka bergantung harap lalu mereka mewujutkan berbagai-bagai kempen untuk memikat semula hati rakyat. Apakah rakyat termakan pujuk rayu setelah hati mereka terluka setelah sekian lama.
Setelah lebih 50 tahun memerintah kita lihat masih ramai rakyat yang melarat, tidak mempunyai tempat tingal, tidak mempunyai tanah,malah kais pagi makan pagi kais petang makan malam.
Indeks rasuah semangkin meningkat dikalangan kakitanggan kerajaan yang paling menyedihkan adalah ajensi kerajaan yang paling kita harapkan untuk menjaga keselamatan kita menjuarai indeks rasuah iaitu Polis Di Raja Malaysia (Polis Raja di Malaysia)
Wakil Rakyat yang kita lantik menjadi kaya raya dalam sekelip mata begitu juga dengan kaum keluarga mereka. Apakah kita lantik mereka untuk menjadi wakil kepada kita, untuk menceritakan tentang betapa susahnya kita sebagai rakyat bawahan atau mereka menjadi wakil kepada kaum keluarga mereka dan cuma mengambil berat tentang kaum keluarga mereka sahaja.
Apa yang pasti rakyat telah mula sedar siapakah JUARA RAKYAT yang sebenarnya dan rakyat telah mula muak dengan janji-janji manis yang cuba ditaburkan oleh pemimpin kerajaan. Buatlah berbagai-bagai kempen, berbagai-bagai selogan. Usahlah Kerajaan menghabiskan duit rakyat untuk menjayakan kempen, adalah lebih baik duit itu digunakan untuk membantu rakyat.
Sebenarnya JUARA ataupun TIDAK di tentuka oleh rakyat bukannya pada kempen yang di buat.
Wallahwalam, anak tiram sekadar meluahkan pendapat sebagai anak Melaysia yang mempunyai hak, dan hidup dalam sebuah Negara yang dikatakan sebuah Negara yang demokrasi.




0 comments:

Post a Comment