Sunday, February 28, 2010

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Pada 25/03/2010 Anak Tiram telah megadakan ceramah sempena sambutan Maulidurrasul. Alhamdullilah Anak Tiram bersyukur kepada Allh kerana memberi kekuatan, kesepatan serta peluang untuk meganjurkan majlis ilmu seperti ini.
Penceramah pada malam itu ialah Af Ust Abdulah Isa dari Baling Kedah, beliau banyak menyentuh tentang kelahiran Nabi serta kehidupannya.
Nabi telah meningalkan kita 1400 tahun lebih, tetapi hingga sekarang orang yang megaku dirinya islam dan beriman dengan Agama yang di bawa oleh Rasullulah s.a.w setiap tahun akan meraikan hari kelahirannya, menunjukan betapa sayang, kasih dan cintanya kita kepada Nabi junjugan s.a.w. Walaupun kita tidak pernah jumpa, hidup mahupun kenal secara peribadi dengannya.
Mungkin ramai yang megadakan majlis hari jadinya sendiri, anak-anak, suami/isteri, tetapi jarang-jarang kita megadakan majlis hari jadi Ibu/Bapa kita, bagai mana dengan atuk/nenek kita?, kita telah mula lupa dan Anak Tiram yakin dan percaya bahawa kita bukan sahaja tidak tidak meraikan hari lahir atuk/nenek kita malah kita langsung tak tahu tarikh lahir mereka.
Zaman sekarang anak muda lebih megigati hari lahir artis-artis pujaan mereka daripada hari kelahiran Nabi, mereka lebih megenali artis daripada Rasulluah s.a.w.
Atas alasan itulah Saya meganjurkan majlis-majlis ilmu seperti ini. Ini merupakan majlis ilmu siri pertama dalam tahun 2010, saya merangcang akan megadakan siri majlis ilmu seperti ini setiap bulan.

0 comments:

Post a Comment